Monday, 28 November 2011

Pembelajaran koperatif

- Pembelajaran koperatif  ialah kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar pelbagai kebolehan dan kefahaman bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu maklumat yang sama.

-Mempunyai 5 unsur iaitu
  • saling bergantungan secara positif 
  • akauntabiliti individu akan pembelajaran diri sendiri
  • interaksi secara bersemuka
  • pemprosesan kumpulan
  • kemahiran koperatif
-5 teknik model/teknik pembelajaran koperatif
  • STAD (Student Teams Achievement Divisions)
 ** Ada 5 komponen dalam teknik STAD. STAD mempunyai 1 matlamat iaitu setiap pelajar  dalam kumpulan haruslah mempunyai  tahap kefahaman yang sama selepas perbincanagan dalam kumpulan dibuat.
5 Komponen teknik STAD :


Rajah : Ringkasan bagi teknik STAD


  • Teknik G.I ~~ penyiasatan berkelompok
** ada 4 bahagian dalam teknik ni, iaitu Investigation, Interaction ( cari maklumat ), Inpretator ( sintesis proses) dan Instrinsic Motivation ( motivasi dalaman ). 
  • Teknik TGT ( Teams Games Tournaments)
  • Teknik TAI
**matlamat teknik TAI ialah untuk beri peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian untuk tingkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam diri mereka agar sama seiring dengan pelajar yang berkebolehan dan pandai.
  • Teknik Numbered Head Together 

~~ ujian penaksiran yang diberi dalam kelas ~~
1) huraikan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran koperatif
belajar dlm kumpulan, capai matlamat yg sama, ada 5 prinsip
2) ciri2 pembelajaran koperatif
  • berkumpulan
  • kumpulan yang kecil
  • masing samlin bergantung
  • ada sistem ganjaran di akhir pembelajaran
3) adakah membahagikan pelajaran kepada beberapa kump dan memberi peluang mereka menjalankan aktiviti amali seperti yg biasa dilakukan guru sains semasa di makmal merupakan pembelajaran koperatif? mengapa?

Sunday, 27 November 2011

Baru nak start.. sambung teaching unit..

Saje2 saya hendak berkongsi 1 article yang dapat dari website nih.. yang bercerita macam mana kita nak buat PjBL untuk higher school.. banyak maklumat yang dapat dalam article ni... ada sedikit yang saya boleh huraikan selepas membaca sedikit secara rambang.. dia kata kalau kita hendak lakukan PjBL ni dengan student kita.. yang penting "it is important to develop specific cases or learning scenarios for your students..."

Read more: Problem-Based Learning Projects for High School Physics | eHow.com http://www.ehow.com/way_5390696_problembased-projects-high-school-physics.html#ixzz1evBEucwY

Thursday, 17 November 2011

Lengkapkan BORANG INVENTORI anda...

Lepas habis buat Prezi..
Jangan lupa lengkapkan BORANG INVENTORI anda.. hehe.. 
dekat Website ni.. >>>

Finally...

Alhamdulilah,, akhirnya siap juga Prezi nih... 




Setelah jadi senget-benget macam ni...
Rasa macam nak nangis 
Rasa nak selesema....


~~sebab minggu nih memang banyak tugasan kene siapkan dan anta...
tapi...alah bisa tegal biasa...
lipat gandakan usaha...   


Doa banyak2 moga Allah bagi ruang masa utk disiapkan...






 Pikir... pe nak kene buat...  hentak-hentak kan kepala sikit.. haha..


Bila dapat idea...... wahhh... bahagia....






in progress....  


Topup-topup sikit bagi cantek dan menarik...



Tada,,,, dah siap pon...



Sukanya hati....


Walaupun tak cantek macam orang lain... 


 TAPI... tak pe... itulah hasil usaha kita....
GOOD JOB MIRA... =)


My Prezi... >___<


my 1st prezi


Monday, 24 October 2011

Mikropengajaran siri 3 : Kemahiran menerang

KEMAHIRAN MENERANG : 

Tujuan :   
               - menyampaikan meklumat dengan cara yang berkesan       
               - membina pengetahuan & kefahaman pelajar              
               - pelajar dapat mengikut arahan guru. 

Jenis
            - Penaakulan (Kenapa??) ~  menggunakan proses logik untuk guru menjawab soalan atau            
                                                           menstruktur semula ayat dan idea.
            - Interpretatif ( Apa itu ??) ~ Menghuraikan maksud sesuatu sama ada istilah,penyataan,    
                                                            idea, konsep, prinsip & teori
            -Diskriptif ( Ini caranya... ) ~ huraikan proses, struktur, prosedur dan arahan yang jelas        
                                                            dalam menjalankan sesuatu perkara.
Komponen
                    - ayat pembukaan
                    - isi kandungan
                    -penghubung 
                    -ayat penutup
                    -soalan yang menksir kefahaman 

Ada 4 konsep dalam kemahiran menerang.. iaitu...
  1. Gunakan kejelasan ~ tumpu pada aspek spesifik, gunakan contoh / ilustrasi & media yang relevan & menarik perhatian pelajar utk mendengar penjelasan guru, elakkan kekaburan ketika melakukan proses penerangan dan gunakan bahasa yang mudah untuk di fahami pelajar.
  2. Gunakan penegasan ~ guna intonasi yang berbeza dan gunakan gerak isyarat badan agar pelajar tidak bosan bila gurunya mengajar dalam keadaan statik sahaja
  3. Ada urutan dan kesinambungan 
  4. Dapatkan maklum balas pelajar dengan melibatkan pelajar dan wujudkan peluang utk pelajar sama-sama tunjuk kefahaman mereka terhadap subjek yang sedang di terangkan oleh guru.
  Sampai ketemu lagi yukk papai.. 
                          [e,ehh..dah mcm bunyi kak yuyun je.. hihi.. ]

Thursday, 20 October 2011

(^^,)




Dah kene start buat unit pengajaran dah..
 Kene kerja Kuat Dah ni...
 Kalo x nanti nangis x berlagu.. Hihi
Lepas cuti deepavali kene anta dahh.. 
-sekian-
 Pesanan buat rakan semua

X suka dengar?? tekan je button stop ~~ sampai hati.. haha