Hari Isnin ngn Selasa hari tu kita dah start belajar sal Mikropengajaran.. mikropengajaran tuh dibahagikan kepada 3 unit. Unit pertama menghuraikan tentang 4 kemahiran mikropengajaran iaitu
- mencungkil idea
- menyoal
- menerang
- memperkukuh
Kemahiran mikropengajaran ialah kemahiran mengajar yang boleh dibahagikan kepada beberapa kemahiran yang lebih asas. kemahiran mikropengajaran ni kita boleh bahagikan kepada 9 asas utama iaitu memulakan pengajaran, menyoal, menerang,memperkukuh, membuat demontrasi, mengendalikan perbincangan, kerja amali, menutup pengajaran dan buat refleksi.
- Memulakan pengajaran ~~ mencungkil idea. tujuannya supaya dapat menarik perhatian pelajar, bantu pelajar supaya bersedia dari segi kognitif dan afektif, kenalkan objektif pembelajaran kepada pelajar, bina aliran pemikiran dan pada fasa ini lah yang paling sesuai untuk kita tahu apa pengetahuan sedia ada pelajar supaya kita dapat hubungkaitkan pengajaran yang bakal kita lakukan pada hari tersebut. terdapat beberapa cara untuk kte mencungkil idea pelajar, antaranya...
- soal jawab keseluruhan kelas
- perbincangan kump
- demontrasi guru
- kuiz pendek
- ramal-perhati terang (Predict-Observe-Explain --> POE)
- peta konsep @ map concept
- kartun konsep
- discrepant event
- interview about events and intances
pastu.. kita belajar cara menyoal pulak.. kita ada 5 langkah cara menyoal dengan baik dan teratur..
- Langkah 1 : ajukan soalan kepada seluruh kelas
- Langkah 2 : memberi masa berfikir yang sesuai untuk pelajar jawab. anggarannya 5-10 saat
- Langkah 3 : memilih 1,2 pelajar untuk menjawab
- Langkah 4 : memberi respons kepada jawapan pelajar walaupun ia salah
- Langkah 5 : membuat penekanan dan ringkasan ttg jawapan yang tepat.
0 comments:
Post a Comment