Monday 19 December 2011

Kesahan & Kebolehpercayaan

Kesahan merujuk kepada darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep yang tertentu yang hendak diukur penilai. Kesahan mementingkan kejayaan penaksiran mengukur apa yang hendak di ukur penilai. kesahan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu kesahan jenis instrumens dan inferens/ kesimpulan. kesahan intrumens ialah darjah ketepatan instrumen yang mengukur apa yang hendak di ukur oleh penilai sama ada apa yang hendak di ukuritu sesuai, bermakna da berguna. kesahan jenis inferens atau kesimpulan pula ialah instrumen yang sah membolehkan inferens yang betul atau sah dibuat. 

Tuesday 13 December 2011

Uhh.. susahnya bila cermin mata dah hilang...

huhu... x dapat nak fokus time KPD 2 hari ni.. mmg  x nampak bila x pkai cermin mata.. mata pOn jadi camni je. -___- pandang dekat x nampak..pandang jauh lagi la x nampak.. 



Musim tambah jam kredit kembali lagi...

Hmmm.. macam mane ek..


 ~~ banyak ye jam kredit sem depan.. tgok dalam jadual mmg nampak sikit... 

Jumlah jam kredit :
                                     
                                       6 (KPD)
                                                      6(Research Project 
                                               3 (Mechanics)
                                          3 (Nuclear)
                                    3 (Jahit)
                                    2 (LPK)
                                 1 (Ko)
                                   _________

      24
                                   __________

** Banyak kan... xtaw bleh bawak x.. tapi orang lain pon ramai gak amik sampai 24.. x taw la Dekan luluskan ke x sampai 24 tu.. sedih gak.. ble dah time2 cmni mmg de la membe tu yg sangat pentingkan diri.. biasa la kan berkawan... mmg time gelak, suka bersama.. time susah ko,ko.. aku..aku.. ~~ Sabar & redha je.. ~~ Wassalam..

Tuesday 6 December 2011

Prezi saya (^^',)




Teknik memupuk pemikiran Analitikal & Kreatif...

Salah satu cara untuk memupuk daya pemikiran analitik dan kreatif di dalam bilik darjah ketika proses P&P adalah dengan membuat analagi sesuatu topik . Analogi boleh diguna pakai sebagai untuk membina jambatan konsep untuk pelajar bagi menghubungkan apa yang mnegetahui konsep analog.

Modal pengajaran Analogi.

  1. Perkenalkan konsep
  2. ulangkaji konsep target
  3. kenalpasti ciri-ciri relevan konsep target dan analog
  4. peta-kan ciri yang serupa
  5. tunjukkan dimana analogi yang dibuat tidak sepadan
  6. Buat kesimpulan
Contoh : 


Rajah : Aliran arus I di dalam litar elektrik dianalogikan dengan aliran air didalam tube bersama dengan pump pressure.

Ulang Kaji ~~

Secara ringkasnya .

1) Inquiry Learning

     - Pelajar diberi satu atau dua persoalan utama
     - Kemudian pelajar diberi masa untuk menyiasat dan merancang
     - Pelajar cuba analsis data dari hasil penyiasatan yang dijalankan dan menjawab persoalan tersebut.
     - Ada perkongsian data dan maklumat dipersembahkan oleh pelajar di akhir pembelajaran.

2) Thinking  Based Learning 
    - Pembinaan kemahiran kreatif dan kritis di mana ia diajar secara eksplisit (secara lamgsung) 
    - kemahiran mengkategori secara deduktif
    - Kemahiran membuat keputusan
    - Gunakan thinking template atau graphic organizer sebagai alat bantuan

3) Problems Based Learning
    - pembelajaran berkaitan dengan kehidupan sebenar yang perlu diselesaikan
    - soalan yang dikemukan juga harus ada kaitan dengan kehidupan sebenar (real world)
    - Diakhir pembelajaran selalunya ada sesi pembentangan

4) Pembelajaran koperatif
   - Secara berkumpulan untuk mencapai matlamat yang sama
   - berasaskan 5 prinsip dalam pembelajaran koperatif --->>> boleh rujuk post sebelum ni.. (^^,)(Y)

5) Project Based Learning
   - ada satu produk di akhir pembelajaran
 

Tuesday 29 November 2011

Minggu 11 ; Miskonsepsi & konsep asas fizik...

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.. hihi.. tetibe lak skema ni kan.. saja2 nak kongsi sikit pasal pe yang saya belajar ttg miskonsepsi dan... bla..bla.. macam tajuk di atas.. hehe.. kawan-kawan taw x apa itu miskonsepsi?? Miskonsepsi ni.. maksud dia.. macam suatu kefahaman atau tanggapan yang berbeza dengan kefahaman sains yang telah diterima pakai dalam sesuatu masa.miskonsepsi ni jugak dia lebih kepada sekadar satu kesilapan kecil yang biasanya lebih mudah untuk dibetulkan. Ciri-ciri miskonsepsi ini pula dia sukar untuk dibetulkan kerana ada ketikanya tanggapan tentang sains itu telah dipegang dengan kukuh. selain itu, ia biasanya terhasil dari pengamatan daripada pengalaman seharian dan mereka akan menunjukkan kurang kefahaman berbanding dari kurang pengetahuan.

unit 2 : Konsep & kemahiran asas untuk belajar fizik dengan baik..


  1. Definasi operasi luas dan isipadu
Definasi operasi menghuraikan langkah2 yang di ambil untuk tentukan nilai2 (numerical value) sesuatu konsep. 
Cth : - meter define operationally as the distance traveled by light over a period of (1/299792458) seconds.
        - Bagaimana hendak menyiasat hubungan kedalaman dengan tekanan dalam cecair. 

2. Menaakul menggunakan nisbah & pembahagian

Ketika di dalam kelas, ada beberapa contoh yang telah dikemukan dr. Nurul.. antaranya..
  • 8N/4m2 = 2 N/m2 ( m2 tu meter persegi.. hehe..harap maklum..)... 2 disini  bermaksud 2 N daya dikenakan bagi setiap 1 unit luas m2 .
  • 8kg/m3 (m3 brmaksud meter per cubic) .. 8 bermaksud 8 kg jisim yang terkandung dalam 1 meter padu isipadu.
  • C = Q/m >>> C ialah jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk meningkatkan 1c per unit suhu bagi setiap 1kg bahan. 

3. Mentafsir Graf

Ada banyak untuk subjek fizik ni.. graf ialah satu cara untuk kita sampaikan maklumat. hanya yang tahu baca dan menilai graf sahaja yang mampu mentafsir graf. Graf juga sering kali di salah tafsir pembacaannya.


X suka dengar?? tekan je button stop ~~ sampai hati.. haha