Tuesday 29 November 2011

Minggu 11 ; Miskonsepsi & konsep asas fizik...

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.. hihi.. tetibe lak skema ni kan.. saja2 nak kongsi sikit pasal pe yang saya belajar ttg miskonsepsi dan... bla..bla.. macam tajuk di atas.. hehe.. kawan-kawan taw x apa itu miskonsepsi?? Miskonsepsi ni.. maksud dia.. macam suatu kefahaman atau tanggapan yang berbeza dengan kefahaman sains yang telah diterima pakai dalam sesuatu masa.miskonsepsi ni jugak dia lebih kepada sekadar satu kesilapan kecil yang biasanya lebih mudah untuk dibetulkan. Ciri-ciri miskonsepsi ini pula dia sukar untuk dibetulkan kerana ada ketikanya tanggapan tentang sains itu telah dipegang dengan kukuh. selain itu, ia biasanya terhasil dari pengamatan daripada pengalaman seharian dan mereka akan menunjukkan kurang kefahaman berbanding dari kurang pengetahuan.

unit 2 : Konsep & kemahiran asas untuk belajar fizik dengan baik..


  1. Definasi operasi luas dan isipadu
Definasi operasi menghuraikan langkah2 yang di ambil untuk tentukan nilai2 (numerical value) sesuatu konsep. 
Cth : - meter define operationally as the distance traveled by light over a period of (1/299792458) seconds.
        - Bagaimana hendak menyiasat hubungan kedalaman dengan tekanan dalam cecair. 

2. Menaakul menggunakan nisbah & pembahagian

Ketika di dalam kelas, ada beberapa contoh yang telah dikemukan dr. Nurul.. antaranya..
  • 8N/4m2 = 2 N/m2 ( m2 tu meter persegi.. hehe..harap maklum..)... 2 disini  bermaksud 2 N daya dikenakan bagi setiap 1 unit luas m2 .
  • 8kg/m3 (m3 brmaksud meter per cubic) .. 8 bermaksud 8 kg jisim yang terkandung dalam 1 meter padu isipadu.
  • C = Q/m >>> C ialah jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk meningkatkan 1c per unit suhu bagi setiap 1kg bahan. 

3. Mentafsir Graf

Ada banyak untuk subjek fizik ni.. graf ialah satu cara untuk kita sampaikan maklumat. hanya yang tahu baca dan menilai graf sahaja yang mampu mentafsir graf. Graf juga sering kali di salah tafsir pembacaannya.


0 comments:

Post a Comment

X suka dengar?? tekan je button stop ~~ sampai hati.. haha